Nitizen Kutuk Nama Anak Presiden Gerakan Belia Gagasan 1M, Ini Penjelasan Iman Besar Putrajaya.



Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin yang baru menimbang anak sulungnya menjadi perhatian nitizen setelah menamakan anaknya dengan nama malaikat Jibril.

Terdapat segelintir nitizen mendakwa makruh mengunakan nama malaikat buat anak.

Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ustaz Hazaruddin Baharuddin, bila di rujuk perkara itu berkata nama-nama malaikat boleh di gunakan namun perlu bersandarkan dengan nama lain.

Namun pemilihan nama perlulah mengikut makna yang baik-baik sahaja.

"Kebanyakkan ulama berpendapat tiada kesalahan menggunakan nama malaikat tapi biarlah ia mengikut sifat malaikat itu. Elakkan menamakan anak dengan nama malaikat penjaga neraka iaitu Malik Zabaniah.
"Selain nama-nama Allah, nama malaikat juga perlu disandarkan dengan nama lain, iaitu tidak boleh hanya satu nama. Ia perlu ada dua perkataan seperti Muhammad Jibril," ujarnya



Isunya timbul apabila Sharul yang juga bekas tunang Adira memuatnaik foto bayinya yang di beri nama Jibriel Khan di laman IGnya.

Nitizen ada yang mengutuk penggunaan nama tersebut kerana ianya nama malaikat yang menurut mereka tidak boleh di gunakan.

Shahrul turut membalas komen-komen tersebut dan menyatakan yang dia sudah merujuk kepada individu yang pakar dalam bidang agama terlebih dahulu.

Malahan beliau turut menggelarkan mereka yang mengutuk tersebut sebagai 'ustaz Instagram".

Dalam pada itu, Imam Besar turut menasihati ibubapa yang mahu menggunakan nama-nama malaikat untuk anak mereka perlulah mengeja dengan betul nama tersebut.
Ini untuk mengelakkan nama yang digunakan tidak menyamai nama yang di eja oleh penganut lain.

"Nama Jibril perlu dengan ejaan yang betul, ramai golongan agama lain seperti Kristian dan Yahudi yang juga menggunakan nama itu.
"Kita terikat dengan hadis nabi iaitu; 'Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka'.
"Sebab itu kita perlu hati-hati dengan ejaan dan jika tidak pasti boleh buat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang ejaan yang betul," ujarnya.

Penggunaan nama-nama yang baik penting kerana ia akan digunapakai di Padang Mahsyar kelak.


No comments