P*** anjing btl laa.. Ko xnak masuk da la babi xyh bnyk ckp... P***mak ko la

P*** anjing btl laa.. Ko xnak masuk da la babi xyh bnyk ckp... P***mak ko la

Seorang wanita masih tidak berputus asa melayan suaminya dengan kata-kata lembut dan berbudi bahasa walaupun suaminya sering memarahi beliau dan meminta wang RM50.

Tetapi sikap suami yang tidak pernah menghargai pengorbanan seorang isteri akan bertindak memaki dengan perkataan kesat seperti pu**mak, babi dan sial apabila permintaan nya tidak ditunaikan.

Jika diikutkan hati isteri, mahu sahaja ditinggalkan suami nya itu tetapi apabila memikirkan masa depan anak, dia masih lagi mampu bersabar dan bertahan.

"Saya cma inginkan pendapat apa yang perlu saya lakukan jika suami saya selalu memaki hamun walaupun masalah itu bukan berpunca dari saya."

"Dan saya nak tanya, apakah hukum suami selalu meminta duit isteri dan apakah hukum jika semua keperluan dan bil-bil rumahtangga isteri yang kena bayar setiap bulan. Sedangkan duit suami tidak pernah diusik langsung dari awal bulan hingga ke hujung bulan. Tetapi dia sentiasa merungut duitnya sendiri tidak cukup."

"Kalau ikutkan hati saya, mahu saja meninggalkan semua ini. Tetapi bila difikirkan tentang anak, rasa tak sampai hati nak melihat dia membesar tanpa seorang bapa walaupun hakikatnya bapa dia banyak membebankan kami."



Sudah hampir tiga tahun saya berhatan. Ini antara WhatsApp yang dia hantar pada saya sebentar tadi sebelum dia block saya," tulis confessor di Kisah Rumah Tangga

Namun bagi ibu tunggal, Cik Yana, confessor berkenaan tidak sepatutnya menggunakan alasan anak untuk bertahan dan membiarkan dirinya diperlakukan seperti itu selama tiga tahun. 

"Saya ibu tunggal. Walaupun bekas suami tidak seteruk suami awak, dua tahun saja saya mampu bertahan. Jadi saya berkahwin hanya dua tahun sahaja sebab semua terhalang oleh bekas suami dan paling penting, saya tidak bahagia. 

"Tetapi berpisah bukan sebab kita tak fikirkan anak. Sebab fikirkan anaklah saya perlu ke hadapan. Biarlah bila anak sudah dewasa kelak, dia sendiri yang akan menilai bapanya macam mana. 

"Sekarang tak perlu kita cakap kasihan anak yang masih perlukan bapa. Sedangkan belum berpisah pun dia memang sudah tidak pedulikan anak. Better move on. Perempuan perlu move on untuk fokus masa depan anak," tulisnya. 

Hidup mesti diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang berlaku. Dikhuatiri kelak akan memberi impak yang besar kepada anak-anak sekiranya suami anda masih bersikap begini.

Anda harus mencari arah tuju hidup anda sekarang demi masa depan anak-anak. 

No comments