Tahniah !! Aliff Tegur Pihak Sebelah Sana,Selesaikan Kemelut.

Tahniah !! Aliff Tegur Pihak Sebelah Sana,Selesaikan Kemelut.



Tahniah buat Aliff Aziz yang akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut rumahtangganya apabila mengaku kesalahannya.Dia mengaku telah curang dengan isterinya,Bella dengan keluar dengan wanita lain dan dalam pada masa yang sama Aliff mahukan pihak sebelah sana mengakui kesalahannya.



Berikut petikan dari apa yang di luahkan semasa sidang medianya berhubung kemelut itu,:

 “Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahun isteri saya, Bella. Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya.

Malahan isterinya pun telah menarik balik dakwaan yang di buat pada Jumaat lalu dan mereka telah berdamai,menurutnya lagi.

Walaubagaimanpun,beliau menerangkan,dakwaan dia memukul atau membelasah isterinya pada malam kejadian di nafikannya.

Berikutan isunya dengan Afifah Nasir,Aliff memberitahu hanya pihak keluarga sahaja yang berhak tahu dan dengar pengakuannya.

 “Pengakuan itu hanya berhak diberitahu kepada Bella dan keluarga saya sahaja kerana ini masalah rumah tangga kami. Bagi pihak di sana, lebih baik jangan menegakkan benang yang basah dan mengaku sahaja kesalahan diri sendiri sebab masing-masing tahu kesalahan sendiri,” tambahnya lagi.




No comments