Hujah Maryam Lee Yang Menentang Hijab Di Malaysia.

Tidak ada perkataan dalam al-Quran yang berkata tutupilah rambut kamu. Quran berkata labuhkan bajumu ke dadamu. Menutupi rambut adalah digalakkan, bukannya wajib.

Shah Alam : Kita semua sebenarnya telah ditipu dan terpaksa memakai hijab disebabkan mengikut pandangan Islam yang salah dan ianya bersifat menindas wanita.

Kata² ini dipetik dari Maryam Lee. Beliau mendakwa pemakaian tudung ketika beliau sejak berusia 9 tahun.

Beliau juga mendakwa menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga yang lain jika beliau tidak memakai tudung.
Apa al-Quran “benar-benar” kata mengenai hijab. Kita telah ditipu dan diperdayakan sepanjang hayat kita. Generasi saya membesar dengan diajar bahawa cuma terdapat hanya satu pendapat sahaja (yang menurut pemahaman saya sebagai salah, bersifat menindas wanita) berkenaan hijab, dan kita dimalukan dan dibuli serta diganggu kerana mencabar pendapat tersebut.”ujar Maryam lagi.

Beliau juga mendakwa bahawa sesungguhnya rambut itu bukanlah aurat wanita menurut al-Quran, 

Tidak ada perkataan dalam al-Quran yang berkata tutupilah rambut kamu. Quran berkata labuhkan bajumu ke dadamu. Menutupi rambut adalah digalakkan, bukannya wajib.

Maryam juga mengegaskan dan mengeluh, 

Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.” 

“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” katanya lagi.


Segala hujah² dan perjuangan Maryam Lee ini mendapat sokongan daripada Siti Kasim yang menempelak majoriti umat Islam di Malaysia sebagai pengikut agama Arab. Siti Kasim berkata, 

Saya amat berbangga dengannya. Sangat berbangga. Jangan sekali-kali menyerah kepada kepercayaan orang lain sewaktu kamu sendiri tahu apakah kepercayaan kamu sendiri.” 

“Saya tahu ada ramai lagi Maryam Lee di luar sana. Mereka cuma perlu jadi cukup berani untuk menentang arus agama Arab yang meliputi negara kita,” katanya lagi.

Banyak isu berkaitan agama ini semakin berleluasa. Diharap pihak berkuasa memantau segala isu berkaitan agama islam.

Kredit menara.my

No comments