Bercuti Di Phuket, Ainul Aisyah Rakam Pre - Wedding?
Nitizen hujung minggu lalu heboh memperkatakan tentang Ainul Aishah dan kekasihnya, Khalid Ridzuan bercuti di Phuket, dimana ada saja cerita kurang enak di dengar.
Nitizen mula mengadakan spekulasi yang Ainul, 32, bercuti ke sana antara sebabnya untuk merakamkan foto-foto pra perkahwinannya.
Walaubagaimanapun, Ainul Aisyah menafikan perkara itu.
"Pre Wedding? Eh, tidaklah... kami hanya bercuti. Tarikh kahwin pun masih belum ada tiba-tiba nak buat foto pra perkahwinan (ketawa).
"Sebenarnya kalau nak bercakap hal ini, saya malu sebab saya perempuan.
"Cuma apa yang boleh saya katakan, terus doakan yang terbaik untuk hubungan kami," katanya.
Menurut Ainul, dia bercuti ke sana bukan berdua malahan dengan rakan-rakan yang lain. Cuma mereka tidak ingin foto mereka di ambil.
Ainul juga berharap percutiannya ini tidak di sensasikan oleh mana-mana pihak.
Mengenai kekasihnya yang kacak, seorang pemuda kacukan melayu-inggeris, Ainul bersyukur pada Allah kerana memberikan peluang kepadanya dengan mengutuskan lelaki yang baik untuknya, setelah di hampir putus asa bila membicarakan soal cinta.
Post a Comment