Asiah dakwa isteri-isteri Nabi tidak berpuashati dan bertelingkah tentang poligami.

Asiah dakwa isteri-isteri Nabi tidak berpuashati dan bertelingkah tentang poligami.




Seorang aktivis hak asasi wanita ,Asiah Abd Jalil,kembali mempertikaikan hukum poligami dengan mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap Nabi Muhammad S.a.w.

Aktivis itu melalaui catutan di laman Facebooknya ,menyatakan para isteri Nabi sering bertelagah sesama sendiri kerana tidak berpuashati.

“Beberapa hari lepas, saya berbual dengan encik suami beberapa kisah tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW berurusan dengan isteri-isteri Baginda dalam rumahtangga berpoligami.

“Saya katakan pada encik suami, dari sudut pandang seorang wanita, ada tindakan Nabi terhadap isteri-isteri Baginda yang saya rasa pincang dan tidak wajar, kerana itulah terdapat kisah bagaimana isteri-isteri Baginda merasa tidak puas hati dan saling bertelingkah antara satu sama lain.

“Encik suami menjegilkan biji matanya pada saya, kata encik suami, Nabi bersifat maksum, maka tidak mungkin Nabi akan tersalah dalam sebarang perlakuan, percakapan, keputusan dan tindakan baginda,” ujarnya memetik kenyataan di catatan tersebut.

Asiah turut menyatakan iaitu sebagai manusia Nabi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan belaiu juga merupakan anggota dari Women 's Centre for Change ( WCC ).

“Saya katakan pada encik suami, maksum itu bermaksud “terpelihara daripada dosa”, bukan “terpelihara daripada khilaf”. Nabi bukan malaikat, Nabi adalah manusia yang pasti akan berbuat salah.

“Cuma setiap kali Nabi salah, Allah SWT akan pandu baginda dengan wahyu dan ampunkan segala dosa baginda. Sebab itulah dikatakan Nabi terpelihara daripada dosa.

Seterusnya,beliau turut melahirkan rasa benci pada segelintir lelaki yang sering berselindung atas nama Nabi untuk berpoligami.

“Ketahuilah, tindakan Nabi terhadap isteri-isteri baginda tidak semuanya indah di mata seorang wanita.

“Saya merasa jelik bila lelaki-lelaki berpoligami cuba berlindung di sebalik nama Nabi untuk mewajarkan tindakan begitu begini mereka terhadap isteri-isteri mereka. Sedarlah, Nabi itu dilindungi sifat maksum, tetapi tidak sekelian suami yang berpoligami,” ujarnya pula.

Asiah juga pernah memuatnaik status tentang masalah rumahtangganya dan mempertimbangkan untuk bercerai pada tahun lalu.

Rekod menunjukkan polis sedang memburu adik leakinya yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menghapuskan kuasa raja-raja melayu dan kini dia melarian diri keluar negara.

Rata-rata yang membaca kemyataan Asiah ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengelakkan masyarakat terpesong.

Malahan,walaupun ada yang membidas kenyataannya,Asiah tetap dengan pendiriannya.



No comments