Kanak-Kanak Tahun Di Temui Mati Di Rumah Sewanya

Kanak-Kanak Tahun Di Temui Mati Di Rumah Sewanya.



Kejadian sedih ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di temui mati di rumah sewanya,di Jalan Ros, Segamat ,Johor.

Siasatan awal keatas mangsa didapati kesan lebam yang teruk di bahagin kepala dan belakang badan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat,Supt Raub Selamat, penjaga kepada kanak-kanak tersebut,ibu dan abangnya di tahan polis bagi membantu siasatan.

" siasatan awal polis mendapati kanak-kanak perempuan itu di temui tidak sedarkan diri oleh ibunya di bilik sewa keluarga tersebut kira-kira jam 1 pagi "

" kedua mereka di tahan sebaik sahaja selesai membuat laporan polis berhubung kematian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Segamat,kira-kira jam 6 pagi." katanya lagi.

Ibu kanak-kanak sebelum kejadian meninggalkan mangsa bersama abangnya yang lembam di rumah sewanya kerana ada urusan di bandar Segamat.

Apabila sampai dirumah,wanita itu mendapati anak perempuannya terbaring tidak sedarkan diri dan meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke hospital.

Mangsa di percayai telah meninggal dunia sebelum di berikan rawatan.

Polis akan mendapatkan perintah reman keatas kedua-dua suspek di Mahkamah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments