Serik ! Inilah Sebab Watie Tidak Di Beri Peluang Berbincang.



Tiada lain yang lebih memeritkan selain daripada gagal untuk bertemu anak sendiri hanya kerana kesalahan orang lain.

Itulah yang menjadi punca kemarahan Hana terhadap rakan karibnya dahulu, Watie yang telah memyebabkannya di sahkan muflis dan di sekat keluar negara.
Hana, mempunyai 2 orang anak, Aaron Danial dan Alayna Daniella Mann yang kini menetap di London dan Hana tidak dapat keluar negara bertemu mereka.



"Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!

"Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.

"Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain," katanya.

Untuk info, Hana di sabitkan muflis selepas kegagalan melunaskan pinjaman di atas namanya. Rakannya Watie Elite,  telah menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta namun gagal membayar ansuran bulanan.



Watie, Jumaat lalu, telah hadir ke Mahkamah Seksyen Selayang untuk memohon pengurangan jumlah tuntutan yang di buat Hana yang kini berjumlah RM 707 351.83 kerana beliau tidak mampu.

Beliau dilihat hadir ditemani suaminya Joey dan mahkamah bagaimanapun menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan saman penghutang keduanya.

Hana memberitahi, jumlah asal tuntutan hanyalah sekitar RM300000 namun akibat kedegilan Watie berbincang dan melunaskan bayaran, kadar faedah meningkat dan jumlah telah menjadi Rm 707000.

"Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

"Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja.

"Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Hana turut serik untuk memberi peluang kepada Watie dan biarlah mahkamah yang menentukan, menurutnya.

No comments