Datuk Seri Vida Nak Jadi Katy Perry



Ramai yang kagum dengan kegigihan Datuk Seri Vida ( DSV) dalam mencipta namanya.Di kenali sebagai seorang pengasas produk kecantikan, terbaru DSV dilihat gigih mahu membina namanya dalam bidang seni.

Percubaan pertamanya , single I Am Me, sememangnya menjadi bualan ramai. Lagunya menjadi bualan nitizen, lebih-lebih lagi di katakan ada persamaan dengan lagu milik orang lain. Biasalah, tak semua suka dengan hasil kerja seseorang.

Tambahan pula, single tersebut dilihat menerima lebih daripada 7.6 juta kali tontonan hanya dalam tempoh sebulan selepas dimuat naik menerusi media sosial.



Berkongsi perkembangan terbarunya, dengan penuh semangat DSV sedang dalam persiapan untuk membuat rakaman video rasmi single pertamanya itu.

“Saya akan menggunakan khidmat Ghaz Abu Bakar yang memang dikenali sebagai pengarah video muzik lagu-lagu popular dan filem.

“Untuk video muzik I Am Me, akan ada kelainan yang ditampilkan berbanding video muzik lain yang pernah dihasilkan,” katanya.

Memang terserlah keyakinannya apabila DSV bercerita tentang konsep video muziknya. Dia mengimpikan satu konsep video setanding penyanyi antarabangsa, Katy Perry.



“Idea asal daripada saya sendiri dan Ghaz akan menterjemahkannya dalam bentuk visual. Saya ingin menghasilkan video muzik seperti penyanyi antarabangsa, Katy Perry.

“Jadi, satu cabaran buat Ghaz untuk merealisasikan idea itu. Bukan sekadar video muzik, akan ada jalan cerita yang diterapkan supaya berjaya menarik minat menonton,” terangnya lagi.

Di khabarkan tidak lama lagi iaitu 16 September ini, pengambaran video muzik tersebut akan di mulakan.

Bakal berlansung di sebuah lokasi mewah yang di rahsiakan kerana kemewahan adalah ciri-ciri idaman DSV.

“Sebelum ini, saya sudah rakam video muzik untuk lagu ini tetapi tidak puas hati dengan hasilnya. Saya mahukan sesuatu yang lebih ‘wow’ dan mampu menjadi inspirasi buat semua yang menonton,” ujarnya.

Istimewanya, dalam video tersebut akan di tampilkan anaknya yang di kenali sebagai Cik B yang menurutnya semakin mempunyai ramai pengikut di Instagram.

No comments