Kritikan Jadikan Vivy Yusof Hasilkan 'dUCK Cosmetics'.




Dalam usia muda, kejayaan di dalam bidang fesyen telah menjadikannya idola di kalangan anak-anak muda. Vivy Sofinas Yusof, dikenali di atas  kejayaannya membangunkan jenama kosmetiknya, dUCK Cosmetics, selama 7 tahun.

Lebih membanggakan, dUCK Cosmetics telah berjaya membuka kedainya di pusat membeli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, pada 2 September lalu.

Untuk info, kedai kosmetik dUCK merupakan kedai jenama tempatan pertama yang bertapak di Malaysia.







Vivy Yusof, pengasas bersama Kumpulan dUCk, beliau mahu menjadikan dUCk sebagai bukan sahaja jenama tudung, malahan sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia.

“Saya tidak mahu mengehadkan dUCk kepada segmen tudung sahaja, tetapi segmen lain seperti ‘home and living‘ dan ‘travel’.



“Saya yakin dUCk ada potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, dUCk Cosmetics mengambil masa selama satu tahun setengah untuk di lancarkan kerana kaji selidik yang di jalankan.


“Ia merupakan proses yang lama bagi kami kerana ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan.

“Saya tahu persaingan dalam industri kosmetik juga sangat tinggi, maka saya amat menekankan pembungkusan yang baik,” ujarnya.

Beliau turut menambah, produk dUCK Cosmetics telah menepati tahap piawaian tertinggi Kesatuan Eropah ( EU) dan pengguna Islam tidak perlu risau kerana produk kosmetiknya di jamin halal dan mereka dalam proses. mendapatkan sijil halal.

Beliau turut mengambil kritikan dari pihak diluar sana yang merendahkan kualiti jenama tempatan, sebagai pendorong untuknya memastikan dUCK di kenali dengan kualiti yang bagus.



“Saya banyak mendengar orang mempersoalkan kualiti jenama tempatan, dan berkata mereka tidak pernah melihat jenama tempatan ini di pusat beli belah.

“Jadi saya mahu buktikan bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.

“Saya sangat bersyukur dengan pihak Pavilion kerana beri kepercayaan kepada dUCk Cosmetics membuka kedai di sini dan saya harap ia memberi inspirasi kepada usahawan lain,” tambahnya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, Vivy Yusof juga dalam proses mengeluarkan produk kecantikan yang lain pipi dan lain-lain.

Semoga jenama ini menjadi produk dari. Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa.

No comments