Selepas Wani, Kini Sweet Qismina Pula.
Nampaknya saham pemain bolasepak di negara ini makin naik nampaknya. Seperti yang di ketahui, ramai juga golongan artis yang menjadi pasangan pemain bolasepak ini.
Safawi Rashid juga mempunyai ramai kenalan dari artis wanita yang turut. meminatinya.
Terbaru, selepas penyanyi Wani Kayrie memuatnaik foto bersama Safawi, semalam Sweet Qismina pula berbuat demikian. Sweet, 20 , mengakui sedang berkahwan dengan Safawi Rashid, seorang pemain bolasepak pasukaj Johor Darul Takzim ( JDT ).
Timbul pula spekulasi kedua-dua artis wanita ini berebut Safawi kerana masing-masing memuatnaik foto bersama Safawi.
Sweet, 20, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia menyedari penyanyi lagu Jangan Jangan itu ada memuat naik foto bersama Safawi namun tidak melihat ia sebagai satu isu yang harus diperbesarkan.
Ini kerana hubungannya dengan Safawi juga sekadar teman biasa dan pemain bola sepak itu mempunyai untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
"Saya tahu Wani ada memuat naik foto bersama Safawi pada hari yang sama dan rasanya tidak akan timbul masalah antara kami bertiga.
"Lainlah kalau hubungan saya dan Wani tidak baik, baru ada isu boleh dibangkitkan.
"Saya pun tak kisah tentang perkara itu kerana itu hak Safawi mahu berkawan dengan sesiapa sahaja," katanya.
Sweet turut memuat naik foto bersama Safawi di Instagram miliknya dan gambar tersebut mendapat perhatian pengikutnya.
Dalam pada itu, Sweet memberitahu dia sudah mengenali jejaka berusia 20 tahun itu ketika bertugas sebagai pengacara program Planet Bola pada tahun lalu.
Bagaimanapun kata Sweet, sepanjang perkenalan itu mereka tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi dan hanya bercakap tentang kerjaya masing-masing.
"Saya dah kenal Safawi sejak jadi pengacara Planet Bola tapi masa itu kami tak pernah bertegur dan saya sekadar tahu dia pemain JDT tetapi baru-baru ini kami bertegur di Instagram.
"Kebetulan pula saya memang minat bola sepak, jadi bila berborak banyak cerita tentang kerjaya dan bola sahaja," ujarnya.
Sweet turut hadir ke stadium bagi memberikan sokongan ketika perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Indonesia.
Post a Comment