Elfira dan Sufian Tetap Tarikh Bersatu.
Tahniah diucapkan kepada pasangan muda ini, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang bakal melangkah ke satu tahap lagi dalam perhubungan mereka.
Pasangan ini bakal melansungkan pertunangan mereka pada Oktober depan.
Bakal melansungkan majlis tersebut di kediamannya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, namun menurut Elfira, pihak keluarganya masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.
"Insya-Allah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini.
"Bagaimanapun tarikh untuk mengadakan majlis itu masih belum ditetapkan kerana keluarga kami berdua belum berkesempatan bertemu dan berbincang.
"Tetapi yang pasti majlis itu akan diadakan di rumah saya di Cheras," katanya.
Mengimbas kembali tempoh perkenalan kedua pasangan ini, Elfira dan Sufian hanya berkenalan selama tempoh empat bulan sebelum Sufian mengambil keputusan untuk merisik bakal permaisuri hatinya itu pada Jun lalu selepas hubungan mereka mendapat restu dari kedua keluarga.
Jika tiada aral melintang, mereka berdua akan di satukan sebagai pada tahun hadapan.
Post a Comment