Mahu Berbogel Jika Pasukan Polo Malaysia Menang !



Sukan polo di temasya sukan SEA 2017 di Malaysia tahun ini memang mendapat perhatian nitizen.

Bukan sahaja melibatkan pemainnya yang di tunggu peminat, komen seorang wanita ini mengenai keputusan sukan ini menimbulkan kekecohan buat nitizen.

Manakan tidak, muatnaik di laman twitternya wanita ini mahu berbogel sekiranya pasukan polo Malaysia menang !



Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam status berkenaan di padamkan oleh gadis tersebut, Nurul Adilla Abd Rahim.



Menurutnya, apa yang di tulis hanyalah gurauan mesra dan dia tidak berniat untuk melakukan.

"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya.

Wanita tersebut , ternyata terkejut apabila nitizen mengambil serius dengan apa yang di muatnaik. Mengakui kesalahannya, dia meminta maaf diatas keterlanjurannya.

1 comment: