"benda takkan jadi macamni kalau dia tak lambatkan kerja"



Kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat perhatian nitizen bila penceraian mereka membuka mata tentang betapa pentingnya status sebelum berkahwin di sahkan.

Walaupun begitu, Hafiz Hamidun juga tidak dapat lari dari di salahkan oleh nitizen. Ada yang beranggapan Hafiz terburu-buru untuk berkahwin hingga timbul dan terjadinya perkara yang tidak di ingini ini.

Menjawab tuduhan itu, Hafiz memaklumkan tempoh berkenalan selama 5 bulan sebelum bernikah adalah masa yang cukup sebenarnya untuk menguruskan hal dokumentasi.

"Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup.

"Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja," ujarnya.

Hafiz turut menambah, sekiranya urusan berkaitan perkahwinan di uruskan dengan betul, tidak akan timbul masalah.

"Kalau tidak melembat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva).
"Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini," ujarnya.

Hafiz bagaimanapun bersyukur kerana di pihaknya keluarganya tidak masuk campur dan membiarkan dia menyelesaikan perkara ini sendiri.

Dia juga berharap perkara ini membuka mata masyarakat tentang kepentingan status sebelum berkahwin.

No comments