Bukti Joy Masih Isteri Orang Ketika Kahwini Hafiz.



Paling hangat.Bagaimana boleh bernikah pada Mei dan cerai pada Julai ?

Kisah perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa terus mendapat perhatian.

Terbaru, tersebarnya surat yang di percayai surat penceraian Joy dengan bekas suaminya membuatkan kisahnya semakin memuncak.

Di percayai, surat tersebut di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Tahiland, dan tarikh yang terpapar di situ ialah 13 Julai .




Keterangan itu sekali gus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, ketika itu masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Susulan tersebarnya surat itu sedikit sebanyak kemelut rumahtangga pasangan itu terpapar sebabnya.

Menurut My Nation News, ianya sekaligus menyokong fakta bahawa adalah satu kesalahan bagi Siti Arifah untuk tidak mendaftarkan perceraiannya dengan suami terdahulu dan bukan sekadar bermain persepsi di laman sosial.

Memetik portal itu, mereka turut difahamkan ketika membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz, Siti Arifah dikatakan menandakan ruang ‘tidak pernah berkahwin’ sebagai status dirinya.

sumber : siakapkeli

No comments