Luahan Istimewa Datuk K Buat Datuk Siti Sempena 11 Tahun Bersama.



Cepat sungguh masa berlalu. Sudah sebelas tahun rupanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza melayari kehidupan sebagai sepasang suami isteri.

Datuk Khalid atau lebih mesra di panggil Datuk K, meluahkan rasa hatinya yang telah di mana Datuk Siti telah berada di sampingnya sejak 11 tahun yang lalu.

Antara yang perkara yang di kenang ialah keprihtinan dan sikap ambil berat Datuk Siti terhadap dirinya yang terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya. Perkara itu akan di kenang sepanjang hayat menurutnya.

"Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.
"Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," katanya lagi.

Luahan itu di sampaikan oleh Datuk K sempena sambutan ulangtahun perkahwinannya yanh ke 11 bersama isterinya tersayang itu.
Seperti yang umum ketahui Datuk K terlantar sakit selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada tahun 2012. Sepanjang tempoh itu Datuk Siti tetap di sisi menjaganya.
Manakala Datuk Siti Nurhaliza pula tidak lokek berkongsikan kunci kebahagiaannya sepanjang 11 tahun bersama. 

Menurutnya, sifat tolenrasi , percaya dan kesabaran adalah kunci utama yang perlu di pupuk dalam perkahwinan.
Kata Siti, sebagai manusia biasa, dia dan suami juga tidak terlepas dengan salah faham, namun perkara yang dilalui itu mematangkan hubungan tersebut.

"Di sini apa yang boleh saya katakan, kebahagiaan yang saya dan suami terima pada hari ini adalah berkat sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang kami sama-sama praktikkan selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Jika ada perkara yang tidak disenangi saya dan suami berbincang dari hati ke hati dan kami tidak sesekali membuntukan lagi keadaaan," kata Siti.
Datuk Siti turut berkongsi rahsia utamanya iaitu mengutamakan waktu untuk berdua dan bercuti bersama.

Malah adakalanya kesempatan menonton wayang menjadi satu bentuk terapi diri yang dipercayai menjadi penyatu kebahagiaan mereka seisi keluarga.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah sambutan ulang tahun perkahwinannya pada kali ini menjadi sesuatu yang lebih istimewa iaitu tentang kehadiran 'orang baru' dalam keluarganya, beliau meminta agar peminat terus mendoakan rezeki tersebut.


"Doakan agar hubungan kami terus dirahmati Allah dan kami menghargai setiap doa-doa kalian buat kami," katanya lagi. 

No comments