( Video ) Bukti Perkahwinan Tidak Sah - Hafiz Hamidun.



Media sosial harini heboh memperkatakan tentang rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30.

Joy Revfa hari ini menyerahkan saman dan penyata tuntutan terhadap suaminya, Hafiz Hamidun yang menurutnya untuk mempertahankan hak dan maruahnya sebagai isteri selepas mereka berkahwin 1 Mei lalu.

“Sejak berkahwin, kami hanya sempat tinggal serumah selama enam hari sebelum dia tiba-tiba muncul pada 23 Mei lalu dan memberitahu perkahwinan kami tidak sah.


“Sepanjang bersama, saya tak nafikan dia adalah suami yang penyayang dan kami melalui kehidupan seperti suami isteri lain. Selebihnya, saya tak mahu kongsi kerana ia terlalu peribadi,” katanya.

Joy turut mendakwa, dia tidak mendapat layanan sebagai seorang isteri sejak 23 Mei malahan anaknya turut tidak mendapat perhatian.



“Saya yakin pernikahan kami memang sah di sisi undang-undang dan agama. Saya tidak meragui perkara itu, tetapi dia sebaliknya.

“Sepanjang tempoh itu, saya ada menghubunginya dan merayu supaya dia kembali. Saya rasa tidak adil untuk saya dilayan sedemikian rupa,” katanya yang masih menyayangi Hafiz dan keluarga mentuanya.

Joy turut mengakui walaupun setelah melalui pelbagai dugaan dan cakap-cakap orang luar mengenai rumahtangganya, di hatinya masih sayangkan Hafiz sepertimana seawal perkenalan mereka.

“Hubungan saya dengan keluarga mentua juga sangat rapat dan mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya setiap kali berdepan masalah,” katanya.

Manakala Hafiz pula mendakwa terkejut dengan tindakan isterinya yang terlebih dahulu memfailkan permohonan tersebut.

Memang menurut perancangan memang dia yang mahu memfailkan permohonan cerai itu.

Hafiz juga berkata :
" saya tiada ulasan tentang perkahwinan yang tidak sah. Anda akan ketahuinya setelah saya selesai mengumpulkan segala fakta.Saya bukannya berdiam diri. Cuma saya mahu bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata.



 Beliau turut menambah, sepatutnya semuanya selesai pada hari ini. Namun bila ada campurtangan pihak luar segalanya menjadi rumit.




No comments