Berita Baik !! Anda Tidak Perlu Lagi Beratur Untuk Membuat Semakan WTD..



Semenjak timbul info tentang Wang Tidak Dituntut ( WTD ), orang ramai mula berpusu-pusu beratur untuk menyemak adakah mereka mempunyai baki wang yang tidak dituntut dalam akaun masing-masing.

Oleh yang demikian, Jabatan Akauntan Negara ( JANM ) telah mengambil langkah proaktif bagi memudahkan orang ramai menyemak akaun masing-masing tanpa perlu beratur panjang.

JANM telah mengambil langkah membantu orang ramai dengan membangunkan laman portal online bagi tujuan penyemakan akaun masing-masing.

Namun , portal tersebut masih sedang di bangunkan dan dijangka sedia di gunakan pada tahun hadapan.

" kita memahami keperluan untuk membangunkan portal online ini sebagai satu cara memudahkan orang ramai untuk membuat semakan" kata JANM.

" namun masyarakat perlu sedar yang WTD ini tidak mempunyai tarikh luput di mana jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlu bersesak-sesak di kaunter JANM untuk membuat semakan."

Orang ramai mula berpusu-pusu membuat semakan semenjak viral seorang pengguna Facebook mendedahkan akaun WTD nya mempunyai baki sebanyak RM 4000 selepas di semak.

Buat masa ini, segala urusan semakan masih hanya boleh di lakukan di kaunter-kaunter JANM seluruh Malaysia.








No comments