Akhirnya.. apa yang nitizen duga akhirnya terjadi.. Rumahtangga Hafiz Hamidun berantakan ?



Baru 3 bulan mendirikan rumahtangga bersama, Hafiz Hamidun dan pasangannya Joy Revfa,rumahtangga mereka di gembar gemburkan dalam masalah.

Penyanyi, Hafiz Hamidun, sedar tentang gosip rumahtangga nya dalam masalah dan meminta rakan media bersabar dan nantikan kenyataan rasmi daripadanya.

“Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,” ujar Hafiz ketika dihubungi awal pagi Khamis.

Namun dalam temu bual ringkas itu, Hafiz belum mahu mengulas mengenai rumahtangganya dan meminta pihak media menunggu pertemuan yang akan di aturkan kelak.

Media dalam talian sejak Rabu lalu heboh memperkatakan tentang kegoyahan rumahtangga penyanyi Hafiz Hamidun apabila isterinya, Joy Revfa mula memberi bayangan tentang rumahtangga mereka dalam masalah. Ini di tafsirkan media dari kapsyen yang di tulisnya di laman Instagramnya.

Jika di amati, kedua dua mereka tidak lagi berkongsi foto-foto mereka di laman sosial masing-masing.

Joy Refva sebelum berkahwin dengan Hafiz pernah mendirikan rumahtangga dan di kurniakan seorang anak yang kini berusia 3 tahun.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mei lalu selepas melalui 2 bulan tempoh pertunangan.






No comments