Perunding Perkahwinan Di Reman.
Beberapa hari lalu, telah tular seorang wanita yang di percayai pemilik satu syarikat perancang perkahwinan menipu lebih 100 mangsa yang mengambil pakej perkahwinan dari syarikatnya.
Kes tersebut mendapat perhatian pihak polis dan polis telah mendapat perintah reman dari Majistret S. Nisha di Mahkamah Majistret Klang, kira-kira jam 10. 45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Bernama, berkata suspek ditahan pada 4.20 petang semalam di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.
“Suspek ditahan susulan laporan seorang pengadu mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya.
Mangsa dikatakan sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini,” katanya.
Beliau turut mendedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor sedang mengumpul maklumat kes dan polis juga sedang mengenalpasti mangsa lain yang terbabit.
Kes ini di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun , denda dan sebatan.
Tular awal minggu ini , satu rakaman video seorang wanita yang di dakwa pemilik syarikat perunding perkahwinan.Wanita tersebut di dakwa menipu pakej perkahwinan sehingga melibatkan seramai 100 orang dan kerugian hampir RM 500000.
Mereka yang mendakwa tertipu meminta penjelasan dari wanita terbabit kerana kegagalan perunding perkahwinan itu memenuhi pakej yang di langgan pelanggan terutamanya dari pelamin, makanan dan foto perkahwinan.
Post a Comment