Mencair !! Bersemut sangat ucapan Nabila buat Sharnaaz.
Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila memang sangat romantik.Sempena hari ulangtahun suaminya, Noor Nabila dilihat berkongsikan rasa hatinya dengan melahirkan ucapan hari lahir yang romantik buat kekasih hatinya.
Antara intipati ucapannya, Noor Nabila mengucapkan rasa terima kasihnya kepada suaminya yang selalu ada bersama dan tidak pernah berhenti menyayanginya.
Nabila menerusi status itu mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz kerana tidak pernah berhenti bersamanya dan menyayanginya selain selalu ada untuknya.
Malahan, Noor Nabila turut meluahkan rssa syukur kerana memiliki seorang suami yang sangat menyayanginya.
Kata-kata manis itu turut mendapat perhatian daripada pengikut mereka di Instagram yang menganggap ucapan Nabila itu sangat manis dan mendoakan pasangan itu terus kekal bahagia.
Nabila juga turut mendoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
"Selamat hari lahir sayang, semoga sayang diberi dan dilimpahkan dengan segala rahmat Allah, diberi kebaikan dan barakah.
"Saya doakan sayang panjang umur, sihat walafiat, dilapangkan rezeki dan harap dapat jadi ayah tidak lama lagi.
"Terima kasih kerana tidak pernah berhenti bersama saya, selalu ada untuk saya dan menyayangi saya.
"Saya bertuah dan bersyukur memiliki awak dalam hidup sebagai suami. Saya sayang awak @sharnaazahmad, dunia, hidup dan sayang saya selamanya," kata Nabila.
Nampaknya para pengikut Sharnaaz turut memenuhi ruangan komen di instagramnya dengan ucapan selamat hari lahir serta mendoakan pasangan ini di kurniakan cahayamata tidak lama lagi.
Post a Comment