KL2017 Sukan SEA Paling Menipu - Rakyat Thailand.



Walaupun menewaskan Malaysia dalam bolasepak yang di anggap sebagai 'ibu emas' dalam Sukan SEA, namun rakyat Thailand masih ada yang tidak berpuashati dengan kejayaan Malaysia menjadi juara keseluruhan.

Lapor sebuah akbar berbahasa Inggeris di negara tersebut, rakyat Thai menggelarkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai "SEA Kong" yang membawa maksud SEA Menipu dalam bahasa Thai.

Dan paling menarik, kekalahan pasukan bolasepak Malaysia kepada Thai di anggap karma, akibat penipuan penganjuran.

Kontinjen Thailand di katakan tidak percaya Malaysia memenangi semua acara di Sukan SEA secara adil, menurut akhbar berbahasa inggeris itu.

“Ramai pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah pengurusan dan penganjuran Sukan SEA.

“Thana Chaiprasit, ketua delegasi Thailand untuk beberapa acara antarabangsa termasuk Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, berkata pengurusan KL 2017 paling teruk pernah dilihatnya,” kata Bangkok Post.

Chaiprasit juga dipetik berkata pegawai negara lain juga mempunyai pendapat yang sama namun tidak membuat aduan kerana tuan rumah pasti mahukan juara. keseluruhan.


Antara dakwaan dibuat oleh kontinjen Thai kepada media tempatan, dan juga kes pengurusan teruk yang membantu Malaysia:

Dalam Pencak Silat, seorang atlet Malaysia diumum pemenang selepas dia tercedera dalam perlawanan akhir menentang atlet Thai.
Seorang atlet Malaysia menang pingat emas dalam acara jalan kaki wanita selepas dia secara jelas berlari ke garisan penamat di bahagian terakhir perlumbaan itu.
Dalam gymnastik, 2 atlet Malaysia diberi pingat emas dalam acara yang sama.
Perlawanan akhir Muay Thai pada asalnya dijadualkan pada 3.00 petang tetapi tuan rumah mengubah masa kepada 1.00 pagi.
Laporan itu melaporkan gambar maskot Sukan SEA yang tertera angka 100, selepas Malaysia meraih emas ke-100, dikritik, dicemuh dan disindir hebat di laman web Thai.

“Malaysia patut menang 1 juta pingat emas,” kata seorang penyokong Thai, dan “100 pingat emas Sukan SEA tapi tiada pingat emas Olimpik,” kata seorang lagi, menurut Bangkok Post.

Untuk info, ini merupakan kali kedua Malaysia tampil sebagai penganjur dalam Sukan SEA ini. Pada 2001, kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah dan juara keseluruhan.

No comments