Terbaru ! Viral Bihun Sup 'Cekik Darah' !

Terbaru ! Viral Bihun Sup 'Cekik Darah' !




Beberapa bulan lalu ,tuar di media sosial berkenaan kes gerai nasi campur yang mengenakan harga melampau kepada pengguna.Kini,seorang pengguna Facebook memuatnaik tentang harga mee sup yang di anggapnya 'cekik darah',mahal !

Pengadu terbabit,Azwan Chik mendakwa kedai gagal memberitahu harga sebenar makanan sebelum dia menempahnya.

Menurutnya lagi.""Memang nak mengena orang. Masa 'order' tanya harga semangkuk, depa cakap lepas makan baru kira.
"Ingatkan macam biasa semangkuk RM5, rupanya depa takut nak bagi tau harga. Bila nak bayar baru bagi tahu RM13.50 semangkuk.
"Kalau tahu, tak lapar makan bihun sup macam tu. Dah tak sedap, kuah rasa (bahan perisa) punya banyak," luahnya.

Beliau turut mendakwa harga bagi 2 mangkuk bihun sup dan 2 gelas Teo Ais adalah RM 31.



Ternyata melalui postingnya,Awan sangat kecewa menghadapi keadaan itu dan beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati.

"Ingat nama kedai ni, Bihun Sup Berapi (terletak) depan Longwan Kepala Batas, Pulau Pinang.
"Memang berapi, berapi kerana harganya mencekik darah," tulisnya pada posting tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Daam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),Zahari Awang,berkata, apa yang di lakukan oleh Aswan Wanchik baginya betul untuk menegakkan hak sebagai pengguna.

"Betullah tindakan dia tulis di Facebook kerana boleh sedarkan orang ramai, nak dapat balik duit itu sudah tidak boleh.
"Lelaki itu berhak menguar-uarkan kepada pelanggan lain apabila haknya sebagai pengguna dicabuli," jelasnya


No comments