Istiqamah Mizz Nina.



Hidayah itu milik Allah S.w.t yang menganugerahkan kepada umat yang di pilih. Mereka yang di berikan hidayah sesungguhnya insan yang bertuah.

Mizz Nina, isteri Noh Hujan adalah menurut kami antara contoh mereka yang berjaya dalam berubah di mana kita dalam. lihat dalam cara berpakaian dan aktiviti nya.

Mizz Nina yang dahulunya seorang penyanyi kini telah menukar aktivitinya dengan lebih banyak masanya dihabiskan dengan membaca Al Quran.

Semenjak berubah mengenakan hijab sejak 2013 ,aktiviti menyanyi di tinggalkan dan setiap pagi beliau akan menghabiskan masa dengan Al Quran.Manakala pada hujung minggu masanya dipenuhi dengan menghadiri kelas bacaan Al Quran.



Mizz Nina turut mengakui berusaha keras untuk istiqamah dalam perubahannya.



Katanya lagi memilih untuk melakukan perhijrahan besar dalam hidup bukanlah perkara yang mudah. Perlu ada kekuatan dalam diri supaya kita tidak lagi menoleh ke belakang.

No comments