' Rumah Kueh ' Rita Rudaini Bungkus, Ini Alasan Rita.


Rita Rudaini, antara ibu tunggal yang gigih bekerja untuk membesarkan anak sendirian.

Ibu kepada dua putera comel ini selain dari berlakon, mempunyai sebuah restoren yang menjual kueh mueh tradisi di Kota Damansara.



Tapi malangnya baru setahun beroperasi, Rita Rudaini terpaksa menutup restorennya.

Entah dimana silapnya Rumah Kueh itu kini tinggal kenangan. Walaupun satu kerugian kerana bukan mudah nak mencari restoren menjual makanan tradisi di bandar besar, Rita terpaksa akur pada keadaan.

Menurut Rita, Rumah Kueh terpaksa di tutup kerana perniagaannya itu tidak mempunyai pelanggan kebelakangan ini.




Namun menurut Rita lagi, penutupan Rumah Kueh bukanlah kekal. Beliau masih berhajat membukanya di tempat lain yang menjadi kawasan tumpuan ramai.

No comments