Mertua Menghina Menantu Perempuan Dengan Alasan Tidak Kerja Kerajaan.
Mertua Menghina Menantu Perempuan Dengan Alasan Tidak Kerja Kerajaan.
Sememangnya ramai orang tua yang inginkan anak-anak mereka mempunyai suami mempunyai pekerjaan yang tetap. Ini untuk menjamin kehidupan mereka di masa hadapan.
Tetapi harta dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan seseorang itu. Kisah di bawah ini adalah berlainan pula. Mertua inginkan menantu perempuan yang berkerja di sektor kerajaan.
Mungkin risau anak lelaki nya yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumahtangga. Ape de hal makcik kerja kerajaan ke swasta ke sama jelah...
Sememangnya ramai orang tua yang inginkan anak-anak mereka mempunyai suami mempunyai pekerjaan yang tetap. Ini untuk menjamin kehidupan mereka di masa hadapan.
Tetapi harta dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan seseorang itu. Kisah di bawah ini adalah berlainan pula. Mertua inginkan menantu perempuan yang berkerja di sektor kerajaan.
Mungkin risau anak lelaki nya yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumahtangga. Ape de hal makcik kerja kerajaan ke swasta ke sama jelah...
“Kisahnya saya ini bukan menantu pilihan sebenarnya. Sebelum berkahwin saya dan suami dah berkawan hampir 4 tahun. Masa dah kenal setahun itu, suami ketika itu dah bercadang nak saya kenal dengan keluarga dia. Masa mula-mula jumpa itu bulan puasa dan nak dekat hari raya. Suami pun ajak saya buka puasa bersama kakak-kakak dia.”
“Kakak sulung dan kakak nombor 3 pertama kali jumpa memang dah tak suka sebab saya ini free hair masa itu. Masa berlalu dan saya pun jarang sangat jumpa kakak suami lepas itu. Tapi perasaan saya memang kuat dapat rasa mereka tak berapa suka pada saya.”
“Kakak ipar saya pernah bergurau di status suami kat facebook. Katanya lebih kurang macam ini “itulah kena cari isteri yang baik, sopan, calon yang dulu punya dah okay sangat dah. Ini pergi cari lain dah lah jauh pulak itu’. Masa baca itu sedih jugalah tapi saya buat-buat tak nampak. Calon sebelum ini yang kakak ipar saya maksudkan itu bekas kekasih suami. Bakal doktor dan paling penting dia sekampung dengan suami. Saya asal sarawak dan sebab itu jugak keluarga suami bekeras tak nak dengan saya sebab jauh sangat kalau nak balik kampung nanti.”
“Tahun ke-3 berkawan hubungan saya dan kakak ipar semakin baik. Sebab saya sambung belajar peringkat master di k.l dan rajin tengok kakak dan anak buah. Dipendekkan cerita saya dan suami berkahwin pada tahun ke 4 berkenalan. Mak mertua mulanya memang tak boleh terima tapi lama-lama dia pun bagi restu sebab suami saya sungguh-sungguh nak kahwin.”
“Sebenarnya saya ini bukan menantu pilihan ada banyak sebab antaranya saya orang jauh, mak mertua kalau boleh nak semua anak-anak dia kahwin dengan orang dekat saja.”
“Sebab kedua mak mertua kalau boleh nak menantu kerja kerajaan. Jenis mak cik yang bangga anak dia kerja kerajaan. Mak mertua saya pun macam itu, adik beradik suami ada 5 dan semua kerja kerajaan. Ada pangkat pegawai ada pangkat rendah. Yang penting kerja kerajaan dah boleh jadi menantu pilihan.”
“Semua menantu mak sekarang ini semua kerja kerajaan dan pangkat tinggi kecuali saya sebab saya jobless. Saya habis master saja terus kahwin, tak sempat cari kerja suami ajak kahwin. Lepas kahwin gigih cari kerja sana sini namun hampa tak ada satu pun sangkut. Saya tak memilih tapi keadaan terpaksa buat saya memilih.”
“Keluarga suami saya terutamanya mak mertua, mak saudara, pak saudara semua mahu kerja yang hebat saja. Kerja biasa memang selalu kena kecaman dan disebabkan tekanan macam itu suami sangat pilih kerja apa. Dengan berbekalkan master kena kerja sekurang-kurangnya lecturer, executives, atau reseacher . Sebab itu jugalah saya masih menganggur ketika ini. Memang sedih sebab tak kerja. Pergi mana-mana orang tanya kerja mana, saya hanya jawab surirumah saja. Sudah tentu akan keluar ayat untuk takutkan saya ‘Eh nanti suami buat hal macam mana? Sapa nak tanggung?”
“Pernah juga saya dan suami balik kampung, saya teman mak mertua pergi pasar beli barang basah. Kalau di kampung mestilah akan terjumpa jiran, saudara mara. Yang sedihnya bila mak mertua terjumpa kawan-kawan lama di pasar. Mak akan kata saya ini anak saudaranya. Mungkin mak saya tak nak kalau di beritahu anak menantu pasti banyak soalan cepu emas pulak.”
“Mulalah nak tahu kerja apa, gaji berapa. Bukan tak pernah kena soal siasat oleh saudara mara suami. Lagi-lagi masa hari raya, yang kerja kerajaan di pandang tinggi, yang kerja swasta kena pandang rendah dan yang tak kerja ini langsung tak di pandang.”
“Walaupun saya tak mampu bantu suami dari segi kewangan tapi syukur saya dapat bantu dia kurangkan beban di rumah. Kalau sebelum ini dia hari-hari makan luar lepas dah kahwin sangat jarang dapat mkn luar sebab saya akan masak.”
“Apapun yang dah terjadi saya masih bersyukur suami saya sudi jadikan saya isteri. Dia tahu saya pengangur berjaya ketika itu, saya ada hutang pt, dan tak ada apa-apa aset tapi masih sudi terima saya. Terima kasih suami dan jugak mak, mungkin dengan doa mak nak menantu kerja kerajaan, saya dapat kerja kerajaan nanti. InshaAllah.”
Post a Comment