"Nasi Kangkang Nak? " Berani Betul Aksi Gadis Kangkang ini !



Makin maju makin pelik manusia. Pelbagai cara yang di gunakan untuk menarik perhatian nitizen.

Baru-baru ini tular seorang gadis yang memuatnaik beberapa keping fotonya yang berhijab tapi mengambil gambar dalam posisi mengangkang! Ini telah menimbulkan kemarahan nitizen !



Lagi mengejutkan, salah satu fotonya turut di sertakan dengan kapsyen 'maut' , " nasi kangkang nak? ".Umum mengetahui nasi kangkang merupakan salah satu ilmu hitam yang digunakan untuk menundukkan suami oleh isteri yang mahu suami tunduk kepadanya. Ianya haram di sisi Islam.



Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada gambar tersebut di Instagram telah ditutup.

Gadis tersebut yang di kenali sebagai Yaya, dia terperanjat kerana dirinya menjadi serangan nitizen, walaupun tujuannya hanyalah untuk 'suka-suka'.

Dia yang sebenarnya seorang duta produk kecantikan, baru berusia 19 tahun, faham akan perbuatannya yang mengambil gambar dalam posisi itu tidak sopan di kalangan masyarakat.


“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” katanya.

Bukan itu sahaja, ahli keluarganya turut memarahi beliau berikutan apa yang telah dimuatnaiknya.


Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Mengenai keterangan gambar yang telah dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.
“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan-usahawan yang berjaya," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan kerana dikalangan sahabat karibnya turut mengecam tindakannya.Menjadikan Aliff Syukri sebagai idolanya, beliau turut memberitahu akan mempertimbangkan untuk memadamkan gambar-gambar tersebut.


No comments