Selepas Beras Dan Bihun Plastik, Kini Muncul Sayur Plastik.



Awal tahun lalu, negara di kejutkan dengan kemunculan beras dan bihun plastik, namun kini berita sayur plastik pula tersebar.

Seorang pemilik akaun Facebook, Nurul. Syamia telah memuat naik foto
status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn Bhd di Batu 3.

Namun perkara itu di perbetulkan oleh Penolong Pengurus pasaraya itu yang. mana beliau kesal dengan penyebaran yang tidak tepat itu.

Katanya, penduduk di daerah ini haruslah lebih berhati-hati dengan penyebaran maklumat kerana maklumat yang tidak tepat mengelirukan pengguna yang lain.

Sementara itu, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau, Sam Aminuddin, pihaknya menafikan tentang kewujudan sayur plastik itu sepertimana yang di viralkan di media di daerah Tawau.

Seperti yang di laporkan Bernama, satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas pasaraya itu tiada kesan sayur plastik sepertimana yang di dakwa.

Siasatan di buat bukan sahaja ke atas pasaraya itu malahan ke atas pembekal sayur pasaraya berkenaan.




















1 comment: