Puteri Sarah Dan Anaknya Kemalangan.



Bak kata bidalan, malang tidak berbau. Dalam berjaga-jaga pun musibah boleh menimpa.

Begitu yang di alami oleh Puteri Sarah, isteri kepada Shamsul Yusof, dimana kereta yang di naiki bersama anaknya terlibat dalam kemalangan. Namun syukur kerana mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Puteri Sarah berkongsikan pengalamannya melalui laman instagramnya di mana kejadian itu berlaku 2 hari lalu.



Ianya berlaku di jalan hadapan rumahnya di mana sebuah kereta dari belakang telah merempuhnya.

Sewaktu itu hujan turun dan kemungkinan kereta di belakang tidak sempat menekan brek. Keretanya hanya calar sahaja namun menurutnya kereta yang merempuhnya rosak teruk.

Berdasarkan pengalamannnya itu, Puteri Sarah menasihati ibu bapa di luar sana pentingkan lah keselamatan bayi dengan meletakkan mereka di dalam tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak. Ini dapat menyelamatkan anak-anak dari impak akibat rempuhan seperti yang di alaminya.

No comments