Muflis : Mahkamah Arah LHDN Fail Petisyen Kepada Sam.



Siapa sangka,dalam diam dirinya boleh di isytiarkan sebagai muflis ! Itulah situasi sukar yang di alami oleh Shaheizy Sam dimana status dirinya sekarang di isytiarkan sebagai muflis .

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mahkamah telah menetapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) sehingga 15 Februari 2018 untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi teruskan prosiding kes bankrup Shahiezy Sam.

Tarikh tersebut telah di tetapkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah,Siti Surieyati Mohamad Yusoff di dalam kamar mahkamah hari ini,menurut Peguam Hasil  Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar hari ini.



"Mahkamah mengarahkan pihak LHDN  untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

"Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau berkata pada prosiding hari ini, Shaheizy diwakili peguam Syafinah Taib.

LHDN sebelum ini berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim dilapor berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Shahiezy Sam Abd Samad walau bagaimanapun memberi kenyataan kepada media yang beliau tidak mengetahui tentang status dirinya yang telah di isytiarkan sebagai muflis.



Pada masa yang sama, katanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini.

No comments