DorOngan Erra Buat Shahir Cekal Cabar Diri.



Hubungan cinta antara Shahir dengan Erra Fazira bukanlah lagi rahsia semenjak Shahir membuka mulut mengenai hubungan itu sejak Mei lalu.

Mengakui sering menerima usikan dari kalangan rakan dan nitizen mengenai hubungannya dengan Erra, juara Akademi Fantasia Ke 8 itu menerima usiakan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap semuanya hanya gurauan yang tidak serius.



"Sebelum ini saya tiada dalam industri selama tiga tahun, orang tetap kaitkan juga.
"Jadi telan sahajalah dengan usikan kerana menjadi seorang artis itulah harga yang perlu saya bayar," katanya.

Shahir yang ditemui pada majlis sidang media program AF Megastar yang bakal bersiaran 3 September ini, hanya mengunci mulut bila di tanya mengenai perkembangan terkini hubungannya dengan Erra.  


Katanya, dia mahu fokus kepada program AF Megastar yang mampu menjadi platform terbaiknya melonjakkan kembali namanya sebagai penyanyi. Dalam program itu, seramai 24 bekas bintang AF akan berentap dan akan bersiaran di Astro Ria.

"Saya sudah lama tidak aktif menyanyi dan peluang dapat beraksi di pentas AF Megastar perlu saya beri perhatian kerana ia sebuah pertandingan yang besar.
"Buat masa ini fokus saya untuk bertanding dan perkara lain biarlah dahulu," katanya.

Satu yang menaikkan semangatnya bila Erra sendiri ada memberikan sokongan dan dorongan kepadanya untuk membuat yang terbaik di dalam program itu.

"Dia ada beritahu ini adalah platform terbaik untuk saya kembali dan mudah-mudahan selepas ini karier nyanyian saya akan berkembang selain mengucapkan selamat maju jaya," ujarnya.

Shahir juga sebenarnya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana peserta cuma ingin mencabar dirinya memberikan yang terbaik setelah lama menyepi.


No comments