Satu-satunya pelajar tahfiz terselamat, koma , mengalir airmata di sapa ibu.



Sebulan lalu, negara di kejutkan dengan insiden kemalangan yang membabitkan sebuah van pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi. Hanya seorang daripada mereka yang terselamat namun masih koma dan sedang di rawat d hospital.

Namun perkembangan terbaru yang dilaporkan, mangsa yang terselamat Muhammad Faiz Hafizzudin Mohd Izahir, 17, menunjukkan perkembangan positif tatkala disapa oleh ibunya.

Beliau juga dilihat mengalirkan air mata bila di sapa ahli keluarga dan insan yang di kenalinya.

Muhammad Faiz Hafizzudin yang lebih dikenali Angah di lihat kerap membuka mata dan menggerakkan mulut seakan ingin menyatakan sesuatu namun belum terdaya.

Mohd Izahir Kassim, bapa kepada mangsa berkata, melihatkan keadaan anaknya begini, beliau sekeluarga selalu memberi kata-kata semangat kepada anak keduanya agar reda dengan ujian Ilahi.

Bapanya, Mohd Izahir Kassim berkata, dalam keadaan Angah yang begini, dia dan keluarga selalu memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada anak keduanya itu untuk reda dengan ujian Ilahi dan kuatkan semangat.


“Saya selalu bisik, abah, ummi, abe long dan adik-adik sentiasa doakan untuk angah. Kami rindukan suara angah membaca al-Quran. Bila kata begitu air mata dia mengalir.

“Dia faham apa yang kami cakap. Mata dia berkelip-kelip laju, mulut dia bergerak-gerak mahu katakan sesuatu namun tiada suara yang kedengaran,” katanya.semalam.



No comments