Di kecam peluk cium bapa sendiri, ini respon gadis tersebut.



Pelik ! Seorang gadis di kecam segelintir nitizen hanya kerana memeluk dan cium ayah kandungnya sendiri.

Eira Aziera, mengakui telah di asuh dari kecil oleh ayahnya dengan penuh kasih sayang malahan apa yang di ajar oleh ustaz supaya ciumlah kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup.

"memang dari kecil saya memang manja. Lagipun ustaz ajar ciumlah ibu ayah selagi mereka hidup. Nanti dah jadi jenazah baru terhegeh-hegeh nak cium pun tak guna. Hangpa tak da pak jangan nak cakap naik-naik nafsu, sebab aku aanak yang di asuh dengan penuh kasih sayang.. Bengong betul ! "
"ada hati nak panggil. abag cangkul ajar aku, Jenus bido tak bole di ajar !!

"Sian , nampak sangat jantan ni tak pernah peluk cium mak dia! Syurga kan bawah tapak kaki mak dia ! " balasnya di facebook bila nitizen kecam tindakannya.

Aziera sebelum ini ada memuatnaik video dimana dia menghadiahkan bapanya seutas jam sebelum memeluk dan mencium bapanya.

Klip video itu telah di kecam nitizen kerana mereka berpendapat tindakan itu kurang sopan.

“Kena panggil ‘Mat Cangkul’ baru ada akal kot, kalau masa kecik boleh la peluk, kena ada batas (sebab) kau (bukan) budak-budak lagi. Anak manja fahamlah tapi takkan sampai peluk, tanda hormat (memadai) dengan salam cukup. Kepala timun tol, susah la semua benda nak cakap,” tegas salah seorang lelaki tersebut di ruangan komen.

Ada juga yang mengeluarkan pendapat islam. melarang gadis dewasa memeluk ayah kandung sendiri bagi mengelak menaikkan nafsu.

“Nie la cerita sebenar dari peluk memeluk tu!!! Bukan peluk berdua2an!! Hari raya kan semua adik beradik kumpul n bg hadia mh hari raya utk my dad!! So salah kah?? Aku peluk ayah aku?? Yg lama tak jumpa???

“Depa dok sama kan aku dgn kes viral pak cium anak tu buat apa!!! Bangang,” ujarnya pula.

Bagaimanapun menurut Aziera ketika kejadian semua ahli keluarganya turut berada di rumah ayahnya itu sambil menafikan aksi tersebut dilakukan secara berdua-duaan.


1 comment:

  1. tapi kan dia dah besar apa pun terpulang lah kpda masing masing ..

    ReplyDelete