7 Gambar Mengerikan Dan Jijik Dari Mesin Aiskrim McD.

7 Gambar Mengerikan Dan Jijik Dari Mesin Aiskrim McD.


Seorang individu yang berasal dari Louisiana yang menggunakan nama 'Nick' telah berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran McD.

Beliau mendakwa dirinya adalah seorang pekerja dari restoran tersebut dan telah menviralkan gambar tersebut di laman sosial twitter nya.


Jika lihat gambarnya akan menampakkan sisa² berwarna kehijauan. Ia adalah bekas isi yang digunakan untuk.membuat aiskrim.

Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald’s, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini,” tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Beliau juga telah memuat naik gambar mesin aiskrim yang digunakan untuk membuat aiskrim itu dan mendakwa mesin itu bukanlah mesin perangkap kotoran tetapi ianya adalah mesin membuat aiskrim.


Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran.” ujar beliau lagi.

Beliau telah dipecat dari McDonald's. Setelah diberhentikan dari syarikat berkenaan, beliau terus menviralkan pendedahan tentang mesin aiskrim itu.

Saya dipecat dari McDonald’s. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini,” katanya lagi.
Pelbagai reaksi dari netizen dari seluruh dunia. Setelah diviralkan, pihak media masih lagi menunggu kenyataan dari sya
Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia.


Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald’s berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.

No comments