Beware Gais ! Jangan Suka-Suka Isi Detail Bila Beli Online Hanya Nak Servey Harga.



Satu perkongsian menarik daripada seorang brader ni, yang telah di tipu syarikat antarabangsa melalui pembelian online.

Wan Abdul Halim berkongsi pengalamannya jadi mangsa penipuan syarikat kosmetik antarabangsa baru-baru ini.

Beliau hanya berniat untuk meninjau harga barang yang di tawarkan dengan mengisi butiran yang di kehendaki, namun tidak membeli kerana harga yang mencecah ratusan ringgit.



Namun malangnya, barang tersebut di hantar kepadanya walaupun beliau tidak membuat pembayaran.






Dan syarikat tersebut akan menghantar saman sekiranya pembayaran tidak di jelaskan.



Akhirnya beliau menyedari telah di tipu oleh syarikat berkenaan dan melalui komen di perkongsiannya ada juga insan lain yang terkena sepertinya.

No comments