Pelakon Esma Daniel Sah Bercerai Dengan Isterinya Nitra Sari.

Pelakon yang tidak asing lagi Esma Daniel mengaku sudah bercerai dengan isterinya Nitra Sari Omar pada November lalu.

"Saya mengambil masa yang lama untuk membuat pengakuan ini semata-mata untuk mengumpul kemi semangat dan kekuatan pada diri saya" Ujar beliau.

Nutra Sari dan Esma Daniel telah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan enam.orang anak berusia setahun hingga 10 tahun.

Nitra Sari adalah isteri kedua beliau selepas perkahwinan pertamanya dengan Sherie Merlis gagal.

"Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

"Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini,

"Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,

“Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka," katanya kepada HarianMetro.

No comments