Lagi Kes Dera Di Sekolah Agama Klang.

Satu lagi kes dera pelajar, sepasang ibubapa telah mendapatkan khidmat seorang peguam untuk mengkaji dakwaan anak mereka telah didera semasa di sekolah.
Gambar Sekadar Hiasan
Murid itu bersekolah di salah sebuah agama di Klang.

Kejadian ini berlaku setelah mereka melawat anaknya di sekolah itu dan mendapati ada kesan lebam di badannya.

Ibu mangsa memberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital selama 2 minggu.

Anaknya itu mengatakan bahawa dia telah didera oleh seorang ustaz. Suspek juga telah mengugut agar mangsa tidak memberitahu kepada ibubapa tentang kes ini.

"Dia kata otak saya tak mampu menghafaz Al-Quran jika saya mengadu tentang seorang ustaz" ujar mangsa lagi.

Mangsa mengalami masalah sembelit yang teruk akibat kekurangan pengambilan serat dan air. Mangsa mengalami lebam di belakang badan dan di dada.

No comments