Pelajar Seks Dengan 5 Lelaki Hamil Buat Laporan Polis.



Baru di tingkatan lima, seorang pelajar perempuan telah hamil dan membongkar aktiviti sumbangnya selama ini.

Pelajar wanita ini di dapati kerap ponteng sekolah dan kehamilannya membongkarkan aktitivi seks nya yang mana dia telah mengadakan hubungan seks dengan lima orang lelaki dalam tempoh lapan hari, sejak 30 Ogos hingga 7 September lalu.

Menurut Ketua Polis Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah, dua kejadian berlaku tanpa kerelaan pengadu manakala sepanjang tempoh itu aktiviti seks itu di lakukan di empat lokasi berasingan.

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurut pengadu, dia dipaksa melakukan seks bersama suspek pertama sebelum rakan suspek datang dan memaksanya melakukan seks dengannya.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Abang kepada pengadu telah membawa adiknya ke balai polis bagi memaklumkan kepulangan adiknya berkaitan dengan laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.

No comments