Luahqn Nedim Nazri Bila Ada Pihak Cuba Pisahkan Dia dan Anaknya.



Siapa yang tak sayang anak.. Anak adalah anugerah terindah yang amat bermakna.

Suami Nora Danish, Nedim Nazri sebelum berkahwin dengan Nora merupakan seorang duda anak satu.Beliau. mempunyai seorang anak lelaki yang di beri nama Mohamed Nedrin.

Melalui laman IGnya, Nedim berkongsikan luahan hatinya yang sedih kerana tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya. Nampaknya beliau tidak berputus asa dan akan berjuang menuntut separuh hak penjagaan anak.



Berikut adalah luahan kekecewaan Nedim di atas apa yang berlaku.

“Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan babitkan nama kamu dalam masalah ini, ayah lakukannya kerana tidak diberi peluang untuk bercakap dengan kamu”

“Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih saya ibu dan bapa”

Namun, di sudut lain pula, timbul cerita yang Nedim seakan memberi gambaran ada pihak yang cuba menjauhkan dia dengan anaknya. Namun Nedim turut menyatakan yang beliau redha sekiranya gagal dalam perjuangan menuntut hak berkenaan.

“Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji,” tulisnya menerusi Instastory di Instagram.



Untuk info, Nedim berkahwin dengan Nabilah Khan pada tahun 2011 dan berpisah pada 2013.Mereka di kurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun.

No comments