Bila Bekas Suami Joy Refva Komen Tentang Perkahwinan Joy-Hafiz.



Dalam melayari kehidupan berumahtangga, tidak semestinya bahtera perkahwinan berlansung dengan tenang dan aman.

Dugaan yang datang tanpa di duga kandangkala menjadikan sesebuah rumahtangga bagai di landa badai.

Nitizen rasanya mula tahu dengan apa yang di hadapi pasangan ini, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang mana usia muda perkahwinannya telah mula bergolak.

Apabila media kerap memperkatakan tentang isu ini, orang yang pernah dekat dengan Joy Refva, iaitu bekas suaminya, Datuk Ray Imran tampil meluahkan apa yang di pendamnya.

Menurutnya, sebelum ini beliau sudahpun menjangka perkara ini akan berlaku. Malahan beliau perna cuba menasihati Joy ketika mula-mula mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hafiz dulu.

Namun dia sedar dia bukannya siapa-siapa, hanya bekas suami.

“Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.”

“Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi,” dipetik sebagai berkata.

Datuk Ray anggap mereka berdua masih dalam tempoh berkenalan kerana semasa mahu melansungkan perkahwinan mereka baru sahaja berkenalan dan belum sepenuhnya mengenali hati budi masing-masing.

Perkahwinan dengan Joy, mereka di kurniakan seorang cahayamata lelaki.

“Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam,” tambahnya lagi.

Kegoyahan rumahtangga Joy dengan Hafiz mula jadi bualan apabila Joy sering memuatnaik status yang menunjukkan dia dalam keadaan sedih.

















No comments