Bella Akhirnya Dedahkan Cerita Sebenar.



Setelah beberapa ketika, akhirnya Bella Astilla menerangkan tujuan sebenar dia datang ke pusat karaoke untuk bertemu dengan suaminya yang di waktu itu bersama dengan Afifah.

Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih di kenali dengan nama Bella, dia tiba ke lokasi tersebut sebenarnya hanyalah untuk berbincang dengan baik tentang hubungan mereka.

"Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami.

"Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini," ujarnya.

Ujar Bella dan Aliff yang di temui dalam satu sidang akhbar di Hotel Roof Garden.

Sebelum ini, nitizen di kejutkan dengan berita penahanan penyanyi Aliff Aziz yang di dakwa mencederakan isterinya di sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Pada jam 4.30 petang, Bella, 23,
alam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, Bella berkata, dia belum memaafkan wanita berkenaan sebaliknya, meminta pihak tersebut menjauhkan diri daripada keluarganya.
Katanya, dia mahu kontroversi tersebut menjadi pengajaran terbesar untuk suaminya.

"Sama ada saya maafkan dia atau tidak, itu biarlah masa yang menentukannya kerana buat masa ini hati saya sangat terluka.
"Kalau boleh biar benda ini senyap sahaja selepas ini. Saya juga harap pihak-pihak tersebut menjauhkan diri daripada saya dan keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kenyataan kakak kepada Afifah iaitu Anzalna yang menuduh dia sebagai berperangai pelik dan meroyan selepas bersalin, Bella berkata, dia sangat terkesan dengan perkara itu.
"Apa yang dia cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.
"Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk," ujarnya.
Meroyan ialah sejenis penyakit jiwa yang biasanya terjadi kepada wanita baru bersalin.
Aliff menafikan dakwaan isterinya seorang queen control dan sering menganggu di lokasi sepanjang penggambaran drama berkenaan.

Katanya, selama mereka berkahwin, Bella tidak pernah mengatur atau menentukan kehidupannya.

Malah, pihak yang membuat tuduhan itu bukan orang yang mengenali mereka.

"Queen control itu tidak betul, tuduhan ini datang dari sumber yang tiada kena mengena dengan apa yang terjadi. Ini adalah hal rumah tangga kami dan dia bukan orang yang layak untuk bercakap.

"Sepanjang perkahwinan kami, Bella tidak pernah cakap jangan buat itu atau ini. Dia memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya," ujarnya.

Pasangan yang berasal dari Singapura berkahwin pada September lalu, dan di kurniakan seorang cahayamata lelaki Mohamad Ayden Adrean.








No comments