Terima Lebih 100 "resume' Dari Bakal-Bakal Isteri.

Terima Lebih 100 "resume' Dari Bakal-Bakal Isteri.



Erva Rizuan,yang tuar di media sosial sejak Isnin lalu sebagai 'lelaki jelita' yang mencari jodoh akhirnya tampil dirinya mengakui tak menang tangan melayani pesanan-pesanan dari wanita-wanita di luar sana yang ingin mencuba nasib menjadi isterinya.

Beliau malahan telah menerima lebih 1000 direct message dari wanita dalam dan luar negara sejak Rabu lalu.

"paling jauh yang berminat adalah dari Indonesia dan Australia.Yang hantar gambar macam nak minta kerja pun ada,dan janda pun ada.



Saya pun belum sempat melihat semuanya ,namun akan cuba tengok semuanya.Jika ada yang berkenan saya akan aturkan temujanji supaya dapat mengenali lebih dekat,"katanya lagi.

Bila di tanya tentang kenalan wanita yang telah lebih dahulu mengenali ,adakah mempunyai peluang?Ervan menjawap yang kawan tetap menjadi kawan.

Jadi semuanya kita serahkan kepada Allah.Katanya lagi.

Menurut Ervan lagi,calon isterinya mestilah tidak 'fake'."Saya tidak memandang rupa kerana saya memang bukan jenis yang memilih kawan. Cuma, saya nak berkawan dengan orang yang sanggup susah senang dengan saya.
"Perempuan sekarang dekat Intagram semuanya putih dan cantik-cantik je, tapi betul ke di luar pun sama. Asalkan bukan fake, kalau realitinya pun sama dan semuanya okay, ada jodoh tak ke mana," jelas Ervan Rizuan.

Kisah Ervan yang mencari bakal isteri menjadi tular di media sosial sejak dimuatnaiknya Isnin lalu.

Menerusi postingnya,dia berbuat demikian kerana mahu memenuhi permintaan ibu bapanya yang mahu melihat dia berumahtangga.


No comments