Bayaran Salon Rm400 Untuk Rambut Style Tempurung Kelapa??

Bayaran Salon Rm400 Untuk Rambut Style Tempurung Kelapa??

Ramai yang inginkan rambut yang stylo dan bergaya lebih² lagi para jejaka yang inginkan sentiasa macho dan kemas. Sudah semestinya kalau nak menggunting rambut atau mendesignkan rambut bikanlah di kedai india biasa.

Sudah semestinya ke saloon yang penuh dengan peralatan canggih. Harganya?? Sudah tentu la mahal kan?

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya kepada pemuda nie, Sybili telah dikenakan bayaran sebanyak rm400 untuk rambut jenis tempurung kelapa.

Beliau telah pergi ke sebuah salon di Singapura yang dikenali Sante De Beaute pada 30 Jun dengan harapan supaya mendapat rambut yang stylo dan menawan.

Pelbagai pakej disediakan di salon itu, beliau telah meminta pakej potong rambut + rebond + cuci.

Sebelum memulakan nya, Sybili telah meminta pendandan itu bahawa dia inginkan potongan rambut jenis slope tinggi di bahagian belakang kepala.

Sebaik sahaja selesai, Sybili amat terperanjat kerana rambut nya ala² tempurung kelapa. Beliau terus komplen bahawa bukan jenis rambut begini yang beliau inginkan.

Sebaliknya pendandan itu hanya tersenyum sipu dan enggan bertolak ansur. Sybili terus mentularkan kisah ini di dalam laman facebook nya dan ramai netizen mengecam salon itu.

Akibat penularan itu, pihak salon telah menghubungi Sybili semula supaya kembali ke salon semula untuk memperbetulkan rambutnya semula secara PERCUMA!!

Pada 1hb Julai Sybili telah pergi ke kedai itu semula pendandan tersebut telah memperbetulkan rambutnya semula.

Maka dengan secata rasminya, Sybili telah berjaya mengembalikan semula kemachoan nya dan ke hensemannya.. Gerenti ramai aweks tergila²kan Sybili lepas nie..

No comments