Terbongkar ! Bila Isteri Ke 3 Faizal AF 4 Dedah Punca Penceraian Mereka.



Sebelum ini portal media hiburan ada menyiarkan perkembangan terbaru Faizal AF 4 yang mana telah bercerai untuk kali ke 3 perkahwinannya.

Namun yang menariknya, selepas Faizal memberikan alasan kegagalan rumahtangganya , isterinya pula tampil dengan hal yang sebenar.

" Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertangungjawab dari segi mana tuu?Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!”



" Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah.

Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan."

Apapun, sebagai kami doakan mereka dapat selesaikan apa jua masalah berbangkit dengan sebaiknya.

No comments