PPIM selar sikap 'double standard" syarikat kewangan.


Dalam minggu ini media sosial heboh memperkatakan tentang tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang di ketuai oleh Yusof Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, yang mengeluarkan kereta-kereta yang di simpan di gudang milik sebuah syarikat.

Tindakan di ambil oleh PPIM berikutan aduan daripada mangsa yang mendakwa di tipu oleh syarikat terbabit.

Menurut Yusof Azmi, beliau berasa pelik kenapa pihak bank tidak mengambi tindakan ke atas kereta-kereta tersebut walhal ada yang sudah 7 bulan tertunggak ansuran bulanannya.


“Saya tidak faham mengapa bank yang mempunyai kuasa mengarahkan ejen penarik kereta gagal mengambil kereta daripada syarikat ini sedangkan mengikut perjanjian sewa beli kenderaan ini masih di bawah bank. Sepatutnya ini tidak harus berlaku.

“Kita melihat mereka (syarikat skim pajakan kereta) dilindungi oleh ejen penarik kereta, lesen mereka seharusnya ditarik. Tetapi syukur dengan bantuan polis, sokongan media dan aktivis kita berjaya mengambil 56 buah kereta bersama mangsa yang merupakan pemilik kenderaan itu,

Dalam pada itu, nitizen ada juga yang kurang berpuashati dengan Polis Di Raja  Malaysia.Mereka mempersoalkan kenapa tiada tindakan walaupun ada 22 mangsa yang mendakwa tertipu telah membuat laporan polis.

No comments