Selapas Di Pukul, Isteri Aliff Aziz Masih Sayangkannya.



Walaupun baru sahaja berlaku kes di mana beliau di cederakan oleh suaminya, isteri Aliff Aziz mengakui masih menyayangi suaminya dan tidak menyimpan hasrat untuk berpisah.

Dayang Nabella Awang Astillah, 23, Aliff sebenarnya bukanlah seperti mana yang
di anggap oleh sebilangan orang yang suka memukul isteri dan naik tangan seperti mana yang di dakwa.


“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” katanya.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.”

Menceritakan perkara sebenar, bukan Aliff memukulnya tapi dia tercedera semasa berlaku sedikit pergelutan.

Namun dakwaan mengenai orang ketiga yang cuba menganggu kebahagiaan rumahtangganya, itu tidak di nafikan Bella.

Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku pada Khamis lalu, Aliff di dakwa mengasari Bella di sebuah pusat hiburan karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan mencampakkan talefon ke muka beliau.

Ini berikutan sewaktu Bella ke sana dia mendapati Aliff bersama seorang perempuan lain.

Ekoran kejadian itu, Aliff di tahan polis namun di bebaskan awal paginya dengan jaminan polis.


No comments