Lepas Isterinya, Kini Aliff Syukri Pula Balas Kritikan.



Minggu ini, dua selebriti Malaysia yang bernama Aliff mencuri perhatian nitizen.

Kita rehat dulu dari isu Aliff Aziz, kembali semula kepada Aliff Syukri, Abang Terlajak Laris yang di kecam kerana makan di tepi jalan.

Yang menjadikan cerita hangat bila Chef Wan berkomen tentang isu ini di mana ianya memalukan nama Malaysia.

Kita tahu kemampuan Aliff Syukri dengan kekayaan yang dimiliki bukan satu masalah untuknya makan di restoren negara orang.



Korang nak tahu apa komen balasnya tentang status Chef Wan? Jom baca.

Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia...
.
Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland....jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan....
.
Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama...
.
Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab🙏🏻dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..
. .
cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik....org malaysia di sana juga baik dan ramah. 

No comments