Innalillah.. Penulis Novel Grafik 'Aku Hidup Dalam Blues' Meninggal Dunia.
Siapa yang masih teringat zaman komik dan novel menjadi teman di tangan, pasti tahu kisah Aku Hidup Dalam Blues yang agak popular dahulu.
Salam takziah di ucapkan kerana penulisnya, Azzam Supandi telahpun meninggal dunia.
Arwah yang berumur 50 tahun di serang strok sebanyak tiga kali semenjak raya lalu.
Allahyarham meninggalkan balu, Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.
Aku Hidup Dalam Blues menjadi antara siri yang terkenal dalam majalah Ujang pada dekad 1990-an ditulis oleh Azzam yang menggunakan nama pena Toyon, manakala lukisan pula oleh kartunis Aie.
Post a Comment