Bertabahlah.. Semoga Zara Zya Sembuh Seperti Sediakala.
Agak memeranjatkan apabila secara tiba-tiba Zara Zya berkongsikan fotonya di atas katil hospital.
Manakan tidak sewaktu umat islam masih dalam mood beraya dan Zara Zya pun sebelum ini tiada kongsikan apa-apa yang ganjil tentang kesihatannya, tahu-tahu sahaja dia sudah terlantar.
Mengikut kepada perkongsiannya, Zara memberitahu dia baru sahaja lepas menjalani pembedahan kecil di bahagian tepi pipinya.
Pembedahan itu berlansung selama 3 jam dan alhamdulillah ianya berjalan lancar.
Menurut Zara lagi walaupun pada mata kasar, ketumbuhan yang di buang itu kecil dan tidak berbahaya, namun menurut pakar, ianya berpotensi menjadi kanser!
Sangat berbahaya ! Zara Zya dilaporkan semakin pulih dan dia berterima kasih kepada peminat yang nendoakan kesejahteraannya.
Post a Comment