Demi Gajet Dan Beg Branded, Remaja 14 Tahun Sanggup Tiduri Lelaki Tua.

Demi Gajet Dan Beg Branded, Remaja 14 Tahun Sanggup Tiduri Lelaki Tua.

Dengan kepesatan ekonomi dan pelbagai gajet canggih dan telefon pintar seorang remaja 14 tahun sanggup menjual tubuh dengan meniduri lelaki tua berusia 70 an demi membeli gajet canggih.

Kegiatan remaja itu terbongkar setelah keluarganya berasa sangsi dengan kemampuan beliau membeli barangan gajet yang berharga ribuan ringgit.

Pada awalnya gadis tersebut mendakwa gajet berkenaan adalah milik rakan sekolahnya.

Keluarga gadis itu berasa sangsi dan membawa nya untuk mendapatkan kaunseling di Johor Jaya sebelum dia mengaku bahawa dia menjual tubuh demi mendapatkan gajet yang mahal itu.

Gadis itu menceritakan pengalamannya dan mengaku telah bergiat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun lalu.

"Setiap kali menjual tubuh, saya memperolehi rm200 hingga rm300. Jumlah itu begitu lumayan dan saya berjaya membeli pelbagai jenis gajet seperti komputer tablet, iPad dan telefor pintar yang canggih."

"Bukan itu sahaja, malah saya juga mampu memakai beg tangan beejenama terkenal." Ujar gadis dikenali sebagai Sarah.

No comments